Resepi Jus kolesterol atau Jus jantung

Ramuan Jus Kolesterol

Ramai yang mencari resepi jus kolesterol atau jus jantung. Jus kolesterol adalah jus yang membantu mengurangkan kolesterol dalam badan menggunakan bahan-bahan semulajadi dan di masak sendiri di rumah. Ramai mengakui yang jus kolesterol ini membantu mengurangkan kolesterol, ada juga yang mengurangkan kesakitan gout dan malahan ada juga yang melalui penurunan berat badan yang mendadak disebabkan mengamalkan Jus Kolesterol ini. Apa pun, Jus Kolesterol sangat membantu. Jadi apasalahnya jika admin LimaTipSihat kongsikan bagaimana membuat jus kolesterol di rumah.

Untuk membuat Jus Kolesterol dirumah, anda perlu sediakan bahan-bahan berikut. (Dalam gambar)

Sukatan Ramuan

1 cawan jus lemon
1 cawan jus halia
1 cawan jus bawang putih
1 cawan cuka epal
2 cawan madu asli

Cara Masakan

Semua bahan diatas kecuali madu asli di masukkan dalam satu periuk. Masak bahan-bahan berikut dengan api yang kecil selama 45-50 minit. Anda boleh sukat dengan paras air selepas 45 minit dalam 3-4 cawan (pengurangan disebabkan masak dengan api yang kecil tadi). Pada masa yang sama, jangan berhenti kacau ramuan tersebut supaya ianya tidak melekat pada permukaan periuk (atau berkerak). Setelah 45 minit atau sukatan menjadi 3 cawan, tutup api dan sejukkan. Kemudian campurkan madu asli dan kacau sehingga sebati. Setelah ramuan tersebut sebati, simpan dalam bekas yang tertutup.

Bagaimana nak minum Jus Kolesterol buatan sendiri?

Untuk mereka yang sudah ada penyakit jantung atau kolesterol tinggi dan jika anda tiada gastrik, boleh amalkan 1 sudu makan selepas bangun tidur (ketika perut kosong). Pastikan anda wajib ambil sarapan selepas minum 1 sudu Jus Kolesterol. Jikalau anda ada gastrik, anda kena makan dulu sebelum ambil 1 sudu Jus Kolesterol. Bagi yang masih sihat dan inginkan amalan pemakanan sihat, boleh amalkan dengan 1 sudu teh jus kolesterol. InshaAllah, boleh amalkan setiap hari dan lihat perubahan dalam tempoh 30 hari. (Perubahan pada seseorang akan berbeza mengikut tahap kesihatan dan kondisi badan masing-masing).

Apakah khasiat Jus Jantung ?

Selain ianya untuk menurunkan tahap kolesterol dalam badan (kolesterol jahat), Jus Jantung juga mempunyai khasiat yang lain seperti :-

– menurunkan kadar kolesterol dalam darah
– Membersihkan Salur Darah Yang Tersumbat
– Menyingkirkan Toksin Dalam Badan
– Menurunkan tekanan darah tingi
– Melancarkan peredaran darah
– Menurunkan kadar gula untuk pesakit diabetes
– Melawaskan penghadaman
– Merawat sakit dada
– Merawat asthma, resdung, gout
– Menambah tenaga
– Membuang angin dalam badan
– Membuang kahak dan mencairkan lemak
– membantu melegakan sakit kepala
– Melegakan kebas tangan dan kaki

Penting Jika Anda buat Jus jantung Dirumah

  1. Cawan yang digunakan mestilah sama untuk menyukat
  2. Elemen bawang putih sangat penting terutamanya untuk menurunkan tahap kolesterol dalam badan. Bawang putih membantu menyingkirkan kolesterol dan menghalang pembentukan kolesterol. Jadi, jangan tambah jus dengan air secara sengaja. Untuk dapatkan 1 cawan jus bawang putih memerlukan lebih kuragn 2 Kilogram bawang putih.
  3. Anda perlu bersihkan halia dengan betul. Jika tidak, Jus Jantung anda akan berwarna gelap dan kelihatan agak kotor. Buang kulit halia sehabisnya.
  4. Cari madu asli dari penjual yang betul-betul penjual madu asli. Jika kita gunakan madu tiruan ianya bukan menyelesaikan masalah kolesterol malahan menambah lagi satu penyakit iaitu kencing manis (diabetes). Boleh cari di Google bagaimana mencari madu asli.
  5. Dinasihatkan guna periuk kaca atau tanah liat.
  6. Perlu jaga sukatan semasa memasak ramuan tadi. Nisbah antara ramuan dan madu asli perlulah sekata. Masukkan bahan seperti jus lemon, jus halia dan jus bawang putih dan setelah aras jus sudah 3 cawan, masukkan cuka. Masak selama lebih kurang 45 minit atau sehingga paras 3 cawan tadi.

Jika anda terlalu sibuk atau dah buat tapi rasanya tak boleh nak telan, anda boleh cuba Jus Jantung dari Kami. Boleh klik link berikut untuk lihat kebaikan Jus Jantung. Klik butang saya nak tahu berikut

About the author

2 Comments on "Resepi Jus kolesterol atau Jus jantung"

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *