Pokok Liar Ini Dapat Melegakan Sakit Gout

Sakit Gout, kalau tanya pada pengidapnya, memang azab. Kalau dah kena penyakit Gout, rasanya .. Hanya pengidapnya je yang tahu betapa sakitnya Gout ni.

Bila dah kena Gout, makan semestinya kena pantang. Ada yang tak boleh makan makanan laut, ada yang tak boleh makanan berprotein dan macam-macam lagi. Pendek kata, memang kena pantang sahaja la. Tengok je la orang lain boleh makan macam-macam, yang kita ni harap terliur aiur je la kan. Sebab gout punya pasal.

Punca GOUT?

Serangan gout terjadi apabila kandungan asid urik menjadi tinggi dan selalunya ia menjadi kristal dalam bentuk monosodium urate iaitu bergabung dengan unsur sodium. Jika seseorang yang pernah diserang gout mengambil makanan yang tinggi kandungan purine, ia berkemungkinan akan diserang gout semula

1. Lifestyle – lebih kepada gaya hidup yang tak sihat. Tabiat Makan & minum yang tidak terkawal & tidak seimbang.
2. Obesiti – Salah satu punca Gout. Obesiti bila tidak dikawal akan menyebabkan sakit seperti tekanan darah tinggi, diabetes, paras lemak & kolesterol yang tinggi. Semua ini menjadi penyebab kepada Gout jikda tidak dikawal
3. Keturunan – kajian mendapati bahawa 1 daripafa 4 pesakit Gout datang dari keturunan atau keluarga yang ada masalah Gout

Dua faktor yang menyebabkan kandungan asid urik dalam badan semakin meningkat

  1. Kurangnya perkumuhan asid urik daripada buah pinggang. Merupakan 90% penyebab kepada meningkatnya asid urik dalam badan
  2. Pengambilan makanan yang tidak dikawan menghasilkan asid urik yang banyak

Simptom dan Tanda Tanda Gout

Salah satu simptom serangan Gout yang utama adalah kesakitan pada bahagian sendi ibu jari kaki, didatangi dengan keradangan, merah & bengkak yang amat teruk. Selain bahagian ini, Gout jugak boleh dikesan pada buku lali, pergelangan tangan, sendiri jari dan lutut. Pendek kata, semua bahagian bersendi berkemungkinan untuk diserang Gout.

Serangan Gout biasanya berlaku terlalu pantas dan menjadi semakin teruk selepas 8 hingga 12 jam. Jika tidak dirawat, Gout akan menyerang dengan lebih kerap dan bila melibatkan lebih banyak sendi ianya menyebabkan sendi akan rosak. Jika serangan Gout terlalu kerap, kemungkinan pesakit akan mengalami masalah pergerakan sendi.

Rawatan Gout

Rawatan ini merupakan rawatan tradisional nenek moyang kita sebelum ini. Ianya berasaskan herba dan akar kayu. Satu bahan yang sangat popular untuk Sakit Gout adalah Ara Tanah. Walaupun diketahui pokok Ara Tanah ini juga mempunyai fungsi yang baik untuk lain-lain penyakit. Namun, untuk pesakit Gout ianya merupakan satu kelegaan kerana dengan mengamalkan minum Ara Tanah ini dapat melegakan penderitaan pesakit Gout.

Pokok Ara Tanah ini tumbuh meliar dan boleh dijumpa di semak atau tepi rumah kampung.

Bagaimana Pokok Ara Tanah ini boleh rawat Pesakit Gout?

Pastikan anda kenal pokok Ara Tanah, takut salah ambil pokok lain jadinya.

Ikut langkah berikut

  1. Ambil 3 batang pokok ara beserta akar.
  2. Buang daunnya.
  3. Rebus selamat 10-15 minit
  4. Amalkan minum setiap pagi

InshaAllah petua ini telah banyak membantu ramai pesakit Gout diluar sana.

Namun, ianya tidaklah mudah untuk kita konsisten setiap hari untuk mengamalkan minum air rebusan Pokok Ara Tanah ini. Jadi, kami ada alternatif mudah. Jika berminat boleh Klik link dibawah untuk Whatsapp kami.

About the author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *