Macam Mana Nak Check Produk Skincare Yang Kita Pakai Ada Merkuri?

Pakai produk skincare tapi tak pernah aware pun pasal produk yang anda pakai tu selamat ke tidak? Memanglah, kesannya amat memberangsangkan. 3 Hari dah putih melepak? 7 hari muka flawless? 30 minit muka gojes macam babyface? Pernah nampak iklan macam ni? Mesti anda pernah nampak. Pertama-tamanya, bila nampak iklan macam ni, ambil masa untuk kaji produk.

Kalau malas sangat nak kaji produk, boleh pergi ke laman web Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tengok senarai produk yang tidak diluluskan oleh KKM. Berikut cara untuk check produk skincare anda.

cara semak produk anda
Kredit : https://kpkesihatan.com/2017/03/22/kenyataan-akhbar-kpk-22-mac-2017-produk-produk-kosmetik-yang-dikesan-mengandungi-racun-berjadual/

Selain tu, anda boleh cuba cara ini. Cara ini di kongsikan di laman sosial Facebook. Setiap berikut merupakan tips yang dikongsikan oleh individu dan segala percubaan dari tips ini KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB JIKA BERLAKU SESUATU KE ATAS ANDA. (Do at your own risk)

“Baru baru ni viral pasal cara macam mana nak test produk kecantikan kita tu ada merkuri ke tak? ha macam mana caranya? Mudah je, cuma ambil sudu besi, kemudian letak sedikit produk keatas sudu dan bakar (cucuh atas api dapur) . Kemudian tengok perubahan pada cecair tu, terbakar atau pun tidak? Merkuri ni sifatnya macam serbuk warna silver, so bila kita bakar sabun atau produk tu , merkuri akan muncul semula dan produk tu akan bertukar warna. Kalau tak ada kehadiran merkuri, ia akan kekal dengan warna asal, tak terjejas pun.”

“Kalau korang perasan yang menjadi viral kat facebook tu. Dorang tuang cleanser atau sabun kat sudu. Then dorang bakar. Sifat merkuri kalau korang nak tau dia macam serbuk bewarna silver. So bila kita bakar sabun tu, merkuri akan muncul semula, sabun tu pun bertukar warna. Gitu. kalau tak ada merkuri, sabun tu tak berubah warna. “

“Cara nk check ada merkuri or tak, 1. Letakkan sabun muka atas sudu. 2. Layurkan atas api dapur gas or api apa apa sajalah . Hehe jika sabun cair dan bertukar menjadi warna hitam, maknanya ada bahan kimia, jika sabun cair dan tidak bertukar warna, maknanya bebas kimia dan ianya selamat. Saya dah cuba dan sabun saya ternyata ada kimia. Selamat mencuba :)) so saya terus stop dan mencari pencuci muka organik dan bebas kimia. anda juga boleh dapatkan sabun organik yang bebas kimia di FACE SHOP. “
“Sejak minggu lepas viral kat facebook cara cek produk yang menggunakan merkuri atau tak. Ada produk memang lulus KKM, tapi diam2 letak merkuri. Korang boleh buat eksperimen sendiri kat rumah. Letak sedikit cleanser atas sudu, then panaskan. Tgk la kalau berbuih hitam mcm gambar kiri, maksudnya pepahamlah. Kalau tiada merkuri, warna buihnya xberubah, so safe lah pencuci muka anda. Ok uolls. Selamat bereksperimen.”

“Then, terpandang cara nak tau product yang kite pakai tuh ade mercury ke tak kat twitter. Aku pon try la bakar sabun pencuci muka dalam sudu.. And result dye.. Hitam yang amat! Hitam tuh tandanya memang ade mercury.. Korang boleh cube untuk check apa-ape jenis je produk yang korang pakai. Just letak dalam sudu, then bakar. Tak yah letak air ke pape.”

“Cara mudah macam mana nak tau produk tu ada kandungan mercuri ialah: Sapukan cincin emas (pastikan yang tulen) dengan krim yang kiter nak test tu. Gosok-gosok la cincin dengan krim tu. Kalau produk tu bermercury, krim tu akan bertukar menjadi warna kelabu. Semakin gelap warna yang terhasil, semakin banyak mercury yang digunakan.”

Kredit: http://www.bajuwarnacoklat.com/2015/12/teori-sudu-untuk-tahu-kandungan-merkuri.html

Jadi, gunakan produk yang ada menjalankan penyelidikan secara terperinci. Elakkan produk yang sangat cepat memberikan kesan kerana pada masa yang pendek mungkin anda akan dapat kulit wajah yang diidamkan tetapi dalam masa panjang kulit anda akan mengalami masalah seperti kulit nipis, kulit sangat sensitif dan kemungkinan anda akan mendapat penyakit berbahaya seperti kanser dan sebagainya disebabkan oleh bahan kimia di dalam produk skincare tersebut.

About the author

2 Comments on "Macam Mana Nak Check Produk Skincare Yang Kita Pakai Ada Merkuri?"


  1. As-salam.
    Boleh saya tahu produk kosmetik jenama Dyxy cosmetic dari Korea mempunyai rasa/merkuri atau tidak?

    Ini adalah kerana kesan ‘flawless’ yg sangat segera bila di pakai.

    Terima kasih

    Reply

    1. Puan kena rujuk Dixy sales person. Sales person mereka perlu explain sebab mereka bertanggunjawab untuk memasarkan Dixy. Selain tu, boleh check di KKM website jika produk tersebut tersenarai di senarai bahan beracun KKM

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *