Kolesterol Jahat Punca Sakit Jantung

Pak Cik Razak yang sedang mengait buah mangga di halaman rumah tiba-tiba melepaskan galah buluh di tangan lantas memegang bahagian dada kirinya yang tidak semena-mena terasa senak berbisa. Rasa ngilu itu kemudian menjalar ke bahagian bahu dan leher sebelum beliau rebah tidak sedarkan diri sebelum dikejarkan ke Hospital Selayang.

Itu antara simptom awal serangan sakit jantung yang mungkin berbeza bagi setiap pesakit. Ada pesakit yang cuma berasa lenguh di badan dan ada juga yang terus rebah tidak sedarkan diri saat diserang sakit jantung.

Imbas kembali gaya hidup dan tabiat pemakanan Pak Cik Razak bermula 10, 20 tahun lalu. Isteri beliau memang pakar perihal masakan dan tips di dapur, antaranya santan masakan mestilah dari kelapa tua dan pekat barulah kari, rendang, masak lemak dan kuih muih sempurna lagi asli seperti warisan tradisional nenek moyang. Begitulah citarasa mereka sekeluarga. Lama kelamaan, citarasa begitu sebati pada lidah dan menjadi tabiat yang sukar diubah sehingga menginjak umur walhal keadaan tubuh badan semakin lemah.

Ciri kolestrol yang berasaskan minyak tidak dapat larut di dalam darah menyebabkan nya mendap di dalam pembuluh darah seperti sisa keladak yang melekat pada salur paip air. Kolestrol yang dimaksudkan ini adalah kolestrol ‘jahat’ atau dalam istilah perubatan disebut sebagai Low Density Lipoprotein (LDL) yang lama kelamaan, pembuluh menjadi lebih sempit malah lebih teruk, tersumbat dan mengganggu proses aliran darah.

Gambar credit :- http://ahlikolesterol.com/

Antara makanan yang mempunyai kandungan kolestrol, lemak tepu dan lemak trans yang tinggi ialah organ dalaman seperti hati ayam, limpa dan otak. Perhatikan juga istilah hydrogenated oil pada label makanan yang merujuk kepada lemak trans dan cuba elakkan penggunaannya.

Pada masa yang sama, ubah kepada gaya hidup aktif dari muda dan jadikan tabiat untuk kekal bebas dari penyakit kronik sakit jantung ini. Jika sebelum ini anda ke surau dengan menunggang motor, mulakan untuk berjalan kaki sahaja. Jika anda sanggup berlari untuk mengejar lif ke tingkat 2, ubah kepada menggunakan tangga. Ingatlah, sakit datang tanpa diundang, tapi boleh dihalang. Cegah sebelum parah, hargai nikmat sihat kurniaan Allah.

About the author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *