JERAGAT? ALAMAK!

JERAGAT? ALAMAK!

APA ITU JERAGAT?

Jeragat ialah tompok gelap berwarna hitam atau coklat di kulit. Tompok-tompok tersebut boleh berkembang pada kulit jika selalu terdedah kepada cahaya matahari. Jeragat adalah disebabkan peningkatan jumlah pigmen gelap yang disebut melanin dan peningkatan jumlah sel-sel yang menghasilkan pigmen yang dipanggil melanocytes. Kulit menjadi semakin gelap dan bertompok. Ia juga menyebabkan kulit kita menjadi kusam. Mempunyai jeragat di kulit ialah tidak berbahaya tetapi admin boleh rasakan masalah jeragat ini boleh mengganggu diri seseorang untuk memikirkan jalan penyelesaian untuk menghilangkan jeragat. Oleh itu, penjagaan kulit secara rutin dan konsisten sangatlah penting untuk anda semua mengekalkan kesihatan dan menjauhkan kulit daripada terjadinya sebarang masalah.

PUNCA MENYEBABKAN JERAGAT

  • KULIT TERDEDAH KEPADA SINARAN MATAHARI

Sinaran matahari mengeluarkan sinaran Ultraviolet (UV) yang terdiri daripada tiga jenis iaitu:

Ultraviolet A –  Cahaya yang paling banyak dalam matahari, ia mampu menembusi lapisan kulit lapisan atas dengan mudah. Cahaya UVA akan menyebabkan kerosakan pada tisu-tisu penyambung sehingga menyebabkan masalah kulit.

Ultraviolet B – Cahaya ini kurang berbanding UVA kerana UVB kebanyakannya telah diserap oleh lapisan ozon. Cahaya UVB ini akan menyebabkan kulit terbakar atau sunburn.

Ultraviolet C – Cahaya yang paling berbahaya terhadap kulit. Tetapi jangan risau kerana cahaya ini tidak sampai ke bumi kerana diserap oleh lapisan ozon.

  • KETURUNAN

Faktor genetik juga dipercayai penyumbang kepada masalah jeragat yang dihadapi oleh nenek, datuk, ibu atau ayah.

  •  PERUBAHAN PADA HORMON

Pil perancang kehamilan merupakan salah satu punca terjadinya jeragat. Pengambilan pil ini amat jelas diperkatakan sebagai punca terjadinya jeragat. Pil perangcang boleh menyebabkan hormon dalam badan anda kacau bilau dan tidak stabil.

  • KEKERAPAN MENGUNAKAN KOSMETIK

Jeragat akan timbul jika anda sentiasa menggunakan kosmetik yang tidak bersesuaian dengan kulit anda dan kerap mengunakannya. Lebih-lebih lagi apabila anda tidak memakai penlindung matahari.

  • BADAN (INTERNAL)

Pengambilan makanan yang tidak berkhasiat dan tidak memenuhi keperluan badan akan mengurangi nutrisi di dalam badan anda. Oleh sebab itu, jeragat akan mula bertompok di kulit anda

CARA MENGHILANGKAN JERAGAT

  1. Anda boleh mengurangkan penampilan jeragat dengan melindungi kulit mereka daripada sinaran matahari. Melindungi kulit dari sinaran matahari tidak akan mengurangkan penampilan jeragat yang sedia ada, tetapi ia dapat mencegah bintik-bintik baru daripada membentuk.
  2. Memakai pelindung matahari yang tahan air dengan perlindungan UVA dan UVB, dan SPF 30 atau lebih tinggi.
  3. Meliputi dengan lengan panjang, topi, dan cermin mata hitam.
  4. Tinggal di tempat teduh ketika matahari terbit, antara pukul 10 pagi dan 2 malam.
  5. Sapu semula pelindung matahari setiap 2 jam apabila di luar atau selepas berenang atau berpeluh

Leave a Comment