Bukan 5 Tapi 10 Petua Untuk Melegakan Batuk dan Selsema Si Manja

petua-anak-batuk-demam-selsema
petua-anak-batuk-demam-selsema

Bila anak kita dijangkiti dengan batuk dan selsema mulalah kita rasa risau dan tak sedap duduk. Kena pula kita ibu yang bekerja, memang semua kerja terbengkalai. Kalau anak hantar ke taska, menjadi satu masalah pula untuk ambil cuti disebabkan taska kebiasaannya melarang menghantar anak-anak yang dijangkiti dengan batuk dan selsema yang biasanya mudah berjangkit pada anak-anak lain di taska.

Kanak-kanak terutamanya bayi sangat mudah dijangkiti batuk dan selsema, dan jangan lupa batuk berkahak – biasanya dipanggil 3 serangkai. Jika anak masih aktif dan menyusu seperti biasa, ibu-ibu tak perlu risau. Tetapi jika nampak bayi tak aktif, tidak mahu menyusu dan berat badannya semakin berkurangan, segera bawa ke klinik untuk dapatkan nasihat doktor.

APAKAH PUNCA ANAK-ANAK MUDAH DIJANGKITI BATUK DAN SELSEMA

Berdasarkan pada laman sesawang Kementerian Kesihatan, punca utama selsema dan batuk adalah disebabkan jangkitan virus di saluran pernafasan di kawasan hidung, tekak (faring) dan laring. Biasanya Rhinovirus dan Coronavirus kerap menyebabkan jangkitan berbanding 100 jenis virus lain yang menjadi punca jangkitan.

Walaubagaimanapun, persekitaran juga perlu diambil kira dari segi kebersihan kerana kemungkinan anak-anak diserang batuk dan selsema disebabkan anak-anak mempunyai alahan terhadap habuk, asap, debunga, cuaca dan sebagainya. Jadi sebagai ibu bapa, perlu pastikan persekitaran rumah terutamanya di dalam rumah senantiasa bersih.

PETUA UNTUK MELEGAKAN BATUK DAN SELSEMA SI MANJA

1. Teknik Tepuk Percussion
Tepukan dibelakang bayi bertujuan untuk melonggarkan dan memudahkan kahak dikeluarkan melalui najis si manja.

cara-tepuk-percussion

2. Minyak Bawang Putih
Bawang putih juga dikenali sebagai bahan antioksida semulajadi yang boleh meningkatkan system imunisasi. Campuran bawang putih dan minyak zaitun boleh melegakan pernafasan si manja. Caranya sapu pada dada dan tapak kaki si manja.

minyak-bawang-putih

3. Sapuan Kunyit
Selain bawang putih, kunyit juga terkenal sebagai bahan antibiotik semulajadi. Tumbuk kunyit hidup dan sapu pada dahi, dan hidung si manja. Tujuannya untuk mengeringkan selsema.

4. Stokin Bawang Putih
Tujuan rawatan ini supaya bawang putih dapat menyerap ke dalam kulit kaki si manja dan bertindak sebagai antivirus. Gunakan 2 stokin supaya bawang putih yang dibakar tidak menyebabkan tapak kaki si manja kemerah-merahan.

garlic-sock

5. Campuran Limau Nipis dan Madu
Perah lemon dan campurkan dengan madu berikan pada anak berumur 2 tahun ke atas. Tujuan untuk melegakan batuk dan mengeluarkan kahak serta mengeringkan selsema.

6. Spray Hidung (Nasal Spray)
Nasal Spray boleh didapatkan dari Pharmacy. Tujuannya membantu si manja mengeluarkan hingus secara tekanan disebabkan si manja masih tidak tahu cara untuk membuang hingus sendiri.

7. Udara Segar
Pastikan aliran udara dalam rumah sentiasa bertukar dengan membuka tingkap. Udara yang termendap dalam rumah boleh menyebabkan alahan pada si manja.

8. Mandian Lemon
Hiris lemon dan campurkan dalam air mandian si manja. Dipercayai, bau lemon dapat melegakan selsema.

9. Habbatus Sauda dan Minyak Zaitun
Panggang habbatus sauda dan kemudian campurkan dengan minyak zaitun. Sapukan pada dada dan tapak kaki si manja. Tujuan untuk melancarkan pernafasan dan melegakan batuk berkahak.

10. Minyak Kelapa Dara
Sifat minyak kelapa adalah anti-bakteria. Sapukan Minyak Kelapa Dara pada dada dan ‘tailbone’ si manja bagi melegakan batuk, selsema dan kesejukan pada bayi.

Semua 10 tips di atas adalah alternatif bagi melegakan batuk dan selsema si manja. Semoga si manja cepat sembuh dari batuk dan selsema serta kembali aktif, riang seperti sediakala.

About the author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *