Anak Demam! Macam mana Mama nak buat ni ? Jom baca tips ini

tips-anak-demam-panas
tips-anak-demam-panas

Kalau anak demam, Mama la paling risau dan tak sedap duduk. Mana taknya, anak kesayangan demam pulak tu. Ada Mama yang tak senang duduk, sampai terbengkalai semua kerja rumah. Kalau yang bekerja pula, terus ambil cuti disebabkan anak demam. Kalau tak jaga betul-betul, suhu anak pula akan meningkat dan bahaya untuk anak.

Jadi, Mama jangan susah hati, disini Umaty senaraikan 8 tips yang Mama boleh buat semasa anak demam.

1. Sentiasa pantau suhu badan anak

Suhu anak lebih 38 Celsius bermakna anak demam. Jadi untuk tahu suhu anak, setiap rumah perlu ada termometer. Penting sebab Mama semua boleh tahu dengan tepat suhu anak, Jika secara sentuhan, ianya tidak tepat.

umaty-termometer-check-suhu-baby

2. Pastikan beri anak ubat demam

Sentiasa sedia dengan ubat demam untuk anak. Bawa ke mana sahaja Mama pergi, balik kampung, melancung dan sebagainya kerana mudah jika tiba-tiba anak mengalami demam secara mengejut.

umaty-ubat-demam-baby

3. Basahkan kepala dan badan anak dengan tuala basah

Pastikan sentiasa lap badan anak supaya ianya boleh turunkan suhu badan anak. Selepas itu sentiasa tekap tuala basah di bahagian kepala dan sentiasa pantau suhu badan anak.

umaty-towel-basah-baby

4. Pastikan anak tidak berbaju

Ini salah satu cara untuk mempercepatkan suhu badan anak turun. Samada pakai baju nipis atau hanya pakai pampers sahaja.

umaty-baby-demam-tak-berbaju

5. Sentiasa pastikan anak minum air atau susu

Untuk pastikan anak cukup air dalam badan dan tidak mengalami kekurangan air dalam badan (hydration)

umaty-baby-demam-minum-air-usus

6. Pastikan anak makan walaupun sedikit

Untuk menggantikan tenaga yang hilang disebabkan suhu badan. Kemungkinan anak akan rasa kurang selera, jadi Mama perlu cari alternatif bagaimana mahu anak makan walaupun sedikit.

umaty-baby-demam-makan

7. Sentiasa temankan anak

Semasa anak demam, perhatian Mama perlu sebab semasa demam, anak akan lebih banyak meragam. Mama kena banyak bersabar ya.

umaty-baby-demam-teman

8. Bawa berjumpa doktor jika suhu badan anak tidak turun

Jika semua tips diatas masih tidak dapat menurunkan suhu badan anak, atau demam anak berlarutan lebih 2 hari, dinasihatkan bawa berjumpa dengan doktor dengan segera.

umaty-jumpa-doktor-anak-demam

Mama semua jangan risau, ikut tip di atas ya. Semoga ianya membantu Mama semua.

About the author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *