Aduh! Azabnya diserang Gout!

sakit gout
sakit gout

Kenali Gout

Tomyam seafood, nasi goreng USA, Shellout, Steamboat buffet, kambing golekā€¦ Perghh! Terbaik!
Ini antara juadah kegemaran rakyat Malaysia. Tak dapat dinafikan memang sedap dan nikmat!
Tapi, tahukah anda apa yang terjadi terhadap setiap sumber protein yang diambil dalam setiap
hidangan? Ikan bilis, daging, organ dalaman dan makanan laut adalah antara sumber makanan
yang tinggi dengan zat protein.


Apabila sumber protein dihadam, terdapat lebih asid urik yang sepatutnya disingkirkan melalui
air kencing melalui sistem perkumuhan oleh buah pinggang. Namun, jika buah pinggang kurang
efektif, asid ini akan membentuk kristal dan berkumpul di bahagian sendi badan menyebabkan
salah satu radang arthritis iaitu gout. Sedangkan sebutir pasir masuk ke mata pun meleleh, merah
biji mata inikan pula kristal di sendi dalam badan, pasti sengsara setiap kali anggota badan
bergerak dan bergesel dengan kristal asid urik. 80% penghidap gout adalah lelaki, jadi awas para
jejaka sekalian!

makanan-berkolesterol-tinggi

Simptom serangan Gout

Kebiasaanya pesakit gout mengadu serangan terjadi di ibu jari dan buku lali secara tiba-tiba
terutama apabila bangun tidur di waktu pagi. Bahagian sendi boleh menjadi merah, bengkak dan
panas. Memang ngilu dan berbisa sehinggakan geseran pada selimut pun membuatkan mata
terpejam perit. Jika tidak dirawat dan gaya pemakanan tidak dikawal, boleh berlanjutan sehingga
2 minggu dan sakit tadi boleh melarat ke bahagian sendi yang lain seperti pergelangan tangan
dan lutut serta boleh menyebabkan demam dan pergerakan semestinya akan terbatas.

Cegah sebelum terlambat

Jaga makan! Ini tips utama kerana setiap penyakit datangnya dari perut. Kurangkan makanan
tinggi protein, seperti daging dan makanan laut. Perhatikan juga makanan juga apa yang
menyebabkan anda diserang gout dan bertegas untuk tidak mengambil makanan itu lagi.
Banyakkan bersenam dan minum air kosong supaya anda kerap kencing agar asid urik dapat
disingkirkan dari badan secara semulajadi.

gout

Rawatan Gout

Apabila diserang gout, etoricoxib, colchicine dan steroid adalah antara suntikan yang diberikan
bagi meredakan kesakitan, yang mesti mengikut saranan dan preskripsi doktor. Namun, ubat
generik sebegini mempunyai kesan sampingan seperti sakit buah pinggang jika kerap diambil.
Pesakit juga berisiko mengalami sakit batu karang. Jadi, sebagai petua ringkas, rendam kaki di
dalam air suam setiap pagi bagi mengurangkan kesakitan dan pakai stokin sebelum tidur
sekiranya serangan gout tidak terlalu teruk.

Pesanan Akhir

Jika anda rasa rimas kerana kerap ke tandas untuk kencing, ingatlah ada pesakit buah pinggang
yang minumnya bersukat 500 ml sehari walhal dahaga. Tak salah jika anda menggemair makanan
berasaskan protein, apatah lagi jika anda mengamalkan diet Atkin, iaitu makan lauk tanpa nasi
untuk mengawal kalori dalam karbohidrat, tapi berpada-padalah agar tidak timbul pula masalah
lain. Dalam Islam, sudah dididik untuk bersederhana dalam segala hal dan sesungguhnya, orang
beriman yang kuat (sihat)lebih baik dari orang beriman yang lemah (sakit).
Jagalah nikmat kesihatan sebaik-baiknya. Jangan lupa, minum air kosong 1 liter bagi setiap 50 kg
berat badan, dan jangan tahan kencing!

Nak tahu penawar semulajadi untuk sakit GOUT? Klik sini

About the author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *