5 YANG TERLARANG..

5 YANG TERLARANG..

Wanita dan kecantikan memang tak dapat dipisahkan. Siapa yang tak nak cantik?? Jika ditanya kaum Adam pun masing-masing nak pasangan yang berkulit cerah, licin, gebu ala-ala artis Korea.

Jadi tak hairan lah hari ini lambakan produk kecantikan semakin menjadi-jadi. Tak salah nak cantik tapi biarlah memilih produk yang betul-betul selamat dan tidak mengandungi bahan larangan serta mendapat kelulusan dari KKM.


Di sini dikongsikan 5 bahan larangan yang selalunya terdapat dalam produk kecantikan serta kesan-kesannya kepada pengguna.

1 – MERKURI


Merkuri adalah salah satu bahan yang sangat popular terutama dalam produk pencerah kulit. Ini kerana kemampuannya menghalang pembentukan melanin sehingga kulit tampak lebih cerah dalam waktu yang singkat.

Kesannya bukan saja pada lapisan kulit luar tetapi turut mudah diserap ke dalam kulit menerusi salur darah dan akhirnya berada di dalam aliran darah dan boleh menyebabkan kanser darah atau kulit.


2 – HIDROKUINON

Hidrokuinon dikenali sebagai bahan aktif untuk masalah jeragat dan dapat mencerahkan kulit dalam waktu yang singkat. Ia menghakis lapisan luar kulit/ epidermis dan menghalang pembentukan melanin. Melanin adalah pigmen pada kulit yang berwarna gelap/coklat. Hasilnya muka menjadi putih serta menghilangkan parut dan jeragat.

Kesannya kulit muka menjadi semakin nipis/ sensitif, rasa pedih dan kemerahan-merahan.

3 – PLUMBUM

Plumbum pula sering didapati di dalam gincu. Bahan ini masih boleh dijumpai dalam kosmetik biasa di pasaran tetapi dalam kuantiti yang dikawal.

Kesannya masalah keradangan kulit dan turut memberi gangguan pada hormon.

4 – ASID AZELAIK

Asid azelaik digunakan untuk merawat jerawat dan jeragat.

Kesannya iritasi pada kulit termasuk keradangan/ kegatalan pada tempat yang digunakan.

5 – TRETINOIN

Tretinoin adalah bahan aktif yang digunakan untuk masalah jerawat dan jeragat.

Kesan sampingan yang biasa adalah iritasi dan pengelupasan kulit.

Kesan penggunaan bahan-bahan ini pada peringkat awal selalunya terdapat kesan alahan pada kulit. Tapi untuk jangka panjang ianya merbahaya kerana kulit mampu menyerap bahan-bahan tersebut. Jadilah pengguna yang lebih bijak & berpengatahuan.

“SEMAKIN CANTIK SEMAKIN BIJAK”

Langkah yang paling baik, belilah produk yang halal, selamat, lulus KKM dan berkesan.

Leave a Comment