5 Tips Menghilangkan Tekanan Di Tempat Kerja

Tekanan di tempat kerja

Bila cerita pasal kerja, tentunya tak lari dari masalah dan tekanan di tempat kerja. Macam-macam masalah, menyebabkan kita menjadi tertekan. Tertekan kerana banyak kerja, kerana “dateline”, kena ganti kawan sekerja dan sebagainya. Malahan, tekanan dari luar seperti masalah kewangan, masalah keluarga dan sebagainya juga menjadi salah satu penyebab kita tertekan.

Tekanan kerja kalau tak ditangani akan memberikan impak yang sangat tidak baik pada diri terutamanya kesihatan kita. Berkemungkinan, badan kita akan alami “body stress” dimana bila ianya berlanjutan dan tidak ditangani secara baik, bermacam-macam penyakit pula yang akan datang. Antaranya darah tinggi, penyakit berkaitan jantung, letih yang melampau dan sebagainya.

Cara Praktikal Tangani Tekanan Di Tempat Kerja

Jadi, adalah amat penting untuk kita tangani masalah tekanan di tempat kerja. Berikut merupakan 5 tips mudah yang boleh dilakukan untuk menangani masalah tekanan di tempat kerja.

1. Kurangkan Tekanan Kerja dengan Bersenam atau buat aktiviti diluar.

Ini adalah salah satu cara praktikal yang kita boleh buat selepas waktu kerja atau waktu pagi sebelum ke tempat kerja. Dengan melakukan aktiviti luar, kita akan mendapati badan kita akan menjadi semakin relaks dan segar. Lakukan setiap hari selama 5-10 minit. Ajak rakan-rakan untuk sertai anda

elakkan tekanan kerja dengan aktiviti luar seperti jogging
elakkan tekanan kerja dengan aktiviti luar seperti jogging

2. Kurangkan Tekanan kerja dengan Tidur Yang Cukup

Tidur yang cukup sangat penting. Tak cukup tidur, badan akan jadi sangat letih dan menyebabkan otak jadi tertekan. Jadi amalkan tidur awal dan bangun sepertiga malam. Jika anda muslim, sepertiga malam ini adalah waktu terbaik untuk anda bangun pagi dan beribadah. Samada anda berzikir, solat sunat atau baca Al-Quran, ianya akan membantu anda jadi tenang dan bersemangat. Cubalah amalkan, InshaAllah anda akan alami perasaan yang menakjubkan!

Anda juga boleh amalkan Qailullah iaitu tidur 15-30 minit diwaktu tengahari sebaiknya sebelum waktu Zuhur. 1 minit Qailullah bersamaan 45 minit waktu tidur waktu malam. Jadi dengan hanya 15 minit, anda sudah mampu “refresh” kembali badan anda dan kembali segar.

elakkan tekanan kerja dengan tidur sekejap
elakkan tekanan kerja dengan tidur sekejap

3. Mengeratkan hubungan dengan rakan dan keluarga

Rakan dan keluarga merupakan tempat yang sepatutnya anda luahkan perasaan anda. Dengan kita berkongsi cerita, mengeluarkan apa yang terbuku di hati akan membuatkan kita lega. Tapi bukannya dengan mengumpat ya. Itu sangat dilarang. Dengan bertemu rakan anda, anda boleh melupakan seketika masalah tekanan kerja anda. Telefon ibu dan ayah bertanya khabar juga boleh menghilangkan sebentar tekanan kerja. Selain itu, bawa anak-anak dan isteri keluar ke taman permainan dan sebagainya juga boleh membantu meringankan beban tekanan di tempat kerja.

elakkan tekanan kerja dengan sentiasa ramah mesra dengan rakan dan keluarga
elakkan tekanan kerja dengan sentiasa ramah mesra dengan rakan dan keluarga

4. Mengurangkan tekanan kerja dengan membaca

Wall Street Journal mengatakan bahawa membaca dengan perlahan boleh memberikan manfaat pada otak dan mengurangkan tekanan. Walaupun hanya membaca “post” di facebook juga dikira membaca dan cukup untuk mengurangkan tekanan. Tapi jangan pula baca dan “follow” individu yang selalu berfikiran negatif. Ianya akan menambahkan lagi tekanan pada kita.

elakkan tekanan kerja dengan membaca
elakkan tekanan kerja dengan membaca

5. Mengurangkan tekanan kerja dengan melibatkan diri dalam aktiviti seni atau hobi yang diminati.

Apa yang anda minati? Atau apa hobi anda? Jika anda suka memancing ambil masa pada hujung minggu untuk memancing dengan rakan-rakan. Suka permainan komputer? Ambil sedikit masa untuk bermain dengan rakan-rakan tapi jangan sampai buang masa. Bermacam-macam hobi dan aktiviti seni yang anda boleh buat dan aktiviti ini akan membantu anda mengurangkan tekanan kerja.

Logiknya, semua 5 tips diatas adalah cara bagaimana kita menangani tekanan kerja dengan mengamalkan prinsip “Work, Life and Balance”. Jika anda dapatkan seimbangkan semua ini, sudah tentulah anda dapat mengawal tekanan kerja dengan baik.

elakkan tekanan kerja dengan hobi
elakkan tekanan kerja dengan hobi

Tidak Semua Tekanan Kerja Itu Buruk

Tidak dinafikan, tidak semua tekanan kerja itu buruk. Adakalanya tekanan kerja itu membuatkan kerja kita menjadi lebih efisien lebih kreatif dan kita akan bekerja pada tahap tinggi.

Walaubagaimanapun, kita harus tangani tekanan kerja ini secara baik dan bijak. jangan biarkannya sahaja sehingga kita mengalami keletihan melampau dimana ianya boleh menyebabkan motivasi kerja kita semakin rendah.

Ada yang stress? Kami nak tahu bagaimana ANDA menangani masalah tekanan di tempat kerja. Tinggalkan diruang komen dan jangan lupa kongsikan artikel ini jika ianya bermanfaat.

Nantikan 5 tips lagi dari kami. Taip hashtags #5tipsihat jika anda ingin membaca tips-tips lain berkaitan dengan kesihatan.

About the author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *