5 Tips Jantung Sihat

jantung sihat

Jantung merupakan organ manusia yang paling penting. Fungsi jantung adalah mengepam darah ke seluruh anggota badan manusia. Jadi, jika terhentinya jantung, maka ianya menandakan terhentinya hayat manusia (dengan izin Allah). Jadi, adalah amat penting kita untuk menjaga organ jantung ini agar ianya sihat.

5 Tips Jantung Sihat

Tips jantung sihat ini boleh di amalkan oleh sesiapa sahaja kerana kita tak nak tunggu bila kita sudah tahu kita sudah ada sakit jantung. Lebih kita mencegah dari mengubati. Jadi berikut merupakan 5 tips jantung sihat yang boleh diamalkan.

#1. Bersenaman walaupun 5 minit.

Hidup anda kena aktif. Bukan duduk di rumah terperuk atau tidur sahaja sepanjang masa. Jika anda adalah bapa, boleh berjalan-jalan dengan anak selama 20-30 minit. Jika anda adalah ibu, kerja rumah pun sudah mencukup untuk buatkan anda berpeluh. Jadi, sentiasa aktif dan ceria bersama keluarga.

bersenam walaupun 5 minit

#2. Berhenti merokok!

Sudah terang lagi bersuluh. Rokok merupakan salah satu sebab penyakit jantung. Malahan merokok menyebabkan orang disekelilingi kita menjadi terancam kerana asap yang keluar dari mulut si perokok sangat bahaya kepada si penghidu. Jadi, tanam azam untuk berhenti merokok.

berhenti merokok

#3. Makan banyak buah dan sayur

Vitamin C membantu kita mengurangkan risiko sakit jantung. Jadi dari mana kita nak dapatkan Vitamin C? Sudah tentulah dari buah-buahan dan sayur-sayuran. Kajian turut menunjukkan pengambilan lebih daripada lima hidangan buah-buahan dan sayuran sehari mengurangkan sehingga 17 peratus penyakit jantung koronari. Jadi jom amalkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran

makan buah dan sayuran

#4. Makan ikan 3 kali seminggu

Ikan seperti salmon, tuna dan ikan kembung mempunyai asid lemak omega-3 dimakan tiga kali seminggu adalah sangat baik untuk melawan penyakit jantung. Keseimbangan antara omega-3, omega-6 dan omega-9 adalah kombinasi yang kuat untuk mengurangkan penyakit jantung.

makan ikan 3 kali seminggu

#5. Amalkan Jus Jantung

Pernah dengar Jus Jantung? Biasanya di rumah pun boleh buat. Bahan-bahannya boleh didapati dari dapur rumah anda – Halia, bawang putih, cuka epal, madu dan sebagainya. Ianya membantu mengurangkan kolesterol jahat dalam badan. Umum ketahui, kolesterol jahat (LDL) boleh menyebabkan saluran jantung tersumbat. Jadi jom amalkan Jus Jantung.

Ramuan Jus Kolesterol

Diharapkan perkongsian ini serba sedikit dapat memberikan kesedaran tentang pentingnya menjaga kesihatan kita dengan mengamalkan cara hidup yang lebih sihat dan ceria. Jangan lupa share jika ianya bermanfaat.

Nak tahu bagaimana Jus ini dapat membantu anda menyingkirkan kolesterol jahat dalam badan? Kolesterol jahat inilah antara penyebab kepada sakit jantung. Klik butang dibawah untuk maklumat lanjut

About the author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *