5 Tanda-Tanda Paras Kolesterol Dalam Badan Tinggi

Paras kolesterol dalam badan tidak bergantung pada BMI anda. Kolesterol tidak mengenal samada anda gemuk atau kurus. Jika anda kurus, tak semestinya paras kolesterol anda rendah dan jika anda gemuk tak semestinya paras kolesterol anda tinggi. Ianya semua bergantung pada cara pemakanan dan gaya hidup anda.

Jadi, jangan ambil mudah tak kira anda gemuk atau kurus. Badan anda sendiri, jadi anda tahu jika terasa kelainan pada badan anda. Berikut merupakan 5 tanda-tanda yang anda boleh kenalpasti bahawa anda mempunyai tahap kolesterol yang tinggi. Namun dinasihatkan untuk anda berjumpa dengan pakar untuk mengetahui secara tepat tahap kolesterol anda supaya anda boleh buat langkah susulan untuk memastikan kolesterol anda turun pada tahap normal.

  1. Kaki anda sering berasa kebas. Baru duduk sekejap dah terasa kebas. Kalau duduk bersila pun tak boleh lama sebab tiba-tiba anda rasa macam “semut-semut” di kaki anda.
  2. Mudah letih dan mengantuk. Ini disebabkan oksgen dalam darah kurang dan terhalang ke otak.
  3. Terasa senak pada dada sebelah kiri. Ini disebabkan saluran darah pada bahagian jantung semakin sempit. Bila makin sempit, laluan darah semakin kecil menyebabkan aliran darah terganggu.
  4. Timbulnya bintik-bintik putih atau biji lemak pada bahagian wajah atau leher
  5. Kerap sakit kepala, rasa berat dan tegang di belakang leher anda. Ini disebabkan aliran darah ke otak tidak lancar dan oksigen dalam darah berkurangan

Ada banyak lagi tanda yang boleh kenalpasti jika anda mempunyai tahap kolesterol tinggi. Sebaik-baiknya, berjumpa pakar atau buat pemeriksaan kesihatan 2 kali setahun untuk mengetahui tahap kesihatan anda secara umum dan tahap kolesterol anda secara khusus.

Cegah Sebelum Parah

Jika anda sayangkan diri anda, anda perlu menjalani hidup yang sihat. Sentiasa mengamalkan pemakanan sihat dan seimbang. Anda boleh amalkan minum Jus Tok Chik & Tok Su sehari 2 kali. Jus TCTC ini diadun mengikut ramuan yang dikenalpasti dapat menurunkan kolesterol dalam badan pada tahap normal. Untuk maklumat lanjut boleh ke link berikut

Jangan lupa share jika ianya bermanfaat.

About the author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *