5 Tanda Anda Mengalami Sakit Gout

Bila usia semakin meningkat makin banyaklah penyakit akan timbul. Namun, tak semestinya umur meningkat penyakit akan datang, yang muda pun ada yang dah dapat sakit kritikal seperti sakit jantung, darah tinggi, gout dan sebagainya. Ini disebabkan cara hidup yang tidak sihat. Fokus artikel kali ini adalah tentang Gout. Apakah itu Gout? dan apakah punca terjadinya Gout?

Gout merupakan penyakit yang berkaitan asid urik yang berlebihan dalam badan. Apabila asid urik yang berlebihan tidak dibuang melalui agen perkumuhan maka asid urik akan berkumpul dalam sendi. Apabila ini berlaku, lama kelamaan ianya menjadi mendapan pada sendi. Biasanya berlaku pada ibu jari kaki dan juga sendi lain seperti buku lali, lutut, pergelangan tangan, siku dan jari. Paling banyak berlaku pada ibu jari kaki dan lutut. Menurut Dr Norman Mohd Norawi, punca utama penambahan asid urik dalam badan sehingga menyebabkan sakit Gout adalah disebabkan pengambilan gula.

Berikut merupakan tanda-tanda anda menghidap sakit Gout. Ianya berdasarkan pada keratan akhbar goutpembacaan admin dari artikel di internet.

penawar sakit gout

Apakah tanda-tanda sakit Gout?

  1. Lebih kurang 75% serangan pertama Gout adalah pada ibu jari kaki dimana ibu jari kaki akan jadi merah-kemerahan, panas, bengkak dan terasa sangat sakit. Biasanya ianya berlaku dalam keadaan tiba-tiba
  2. Biasanya jika diserang Gout, sakitnya berbisa dan langsung tidak boleh bersentuhan dengan benda lain seperti selimut atau kain.
  3. Orang yang terkena sakit Gout ini akan sakit bisa yang berlarutan sehingga sekurang-kurangnya 1-2 minggu.
  4. Sakit Gout ini boleh berlaku dengan tiba-tiba tanpa ada sebab. Ada juga Gout berlaku bilamana badan kekurangan air, makan berlebihan, minum air beralkohol dan bergas.
  5. Sakit Gout paling berbisa bila pada waktu malam. Ianya seperti disiram air sejuk di tempat sakit hinggakan seseorang itu boleh jatuh demam.

Apakah komplikasi dari sakit Gout?

  1. Bila asid urik berkumpul bawah kulit ianya akan membentuk benjolan yang dipanggil “tophi”
  2. Asid urik yang berkumpul dalam saluran urin juga boleh berkumpul membentuk “batu karang”
  3. Dan pesakit Gout berkemungkinan akan menghidap penyakit atau masalah kesihatan lain seperti:
    • Darah tinggi
    • Diabetes
    • Hiperlipidemia
    • Kegemukan

Apakan rawatan terbaik untuk Pesakit Gout?

Disebabkan Gout berpunca dari lebihan asid urik, maka pesakit gout perlu mengawal pemakanan dengan mengikut diet pemakanan yang sihat. Pesakit Gout perlu elakkan makanan yang boleh menaikkan paras asid urik dalam badan.

Selain itu, cari alternatif lain seperti ubatan tradisional yang disahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan selamat digunakan. Malahan, anda boleh amalkan minum jus anti kolesterol atau jus jantung kerana ianya telah banyak membantu pesakit Gout melegakan kesakitan bisa Gout.

Nak Merawat Sakit Gout Dengan Cara Sihat?

Untuk merawat Gout, kita perlu tahu apa punca Gout. Gout terjadi kerana pengumpulan dari asid urik yang berlebihan dalam badan. Jadi untuk merawat Gout, kita perlu singkirkan asid urik dan pada masa yang sama kurangkan makanan yang menambah kandungan asid urik dalam badan sehingga berlebihan. Jadi, bagaimana nak singkirkan asid urik yang berlebihan ini dari badan?

Klik link berikut untuk tahu cara rawatan gout »

 

About the author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *