5 Kelebihan Ais Untuk Muka Flawless & Awet Muda

rawatan-ais-muka-flawless-awet-muda

Minuman berais kalau di minum memang best, hendaknya waktu yang panas terik dan dahaga. Memang segelas hanya berapa saat dah habis. Namun tahukan anda, ais juga membantu merawat muka dan menjadikan muka anda flawless serta awet muda? Bagaimana caranya?

Selain dari mengusap wajah anda dengan seketul ais, anda juga boleh mengikut 3 langkah berikut sebagai rawatan wajah,

  1. Ambil mangkuk besar dan penuhkan dengan air sejuk
  2. Masukkan ketulan ais ke dalam mangkuk besar tadi
  3. Rendamkan muka anda ke dalam mangkuk besar tadi selama 10-30 saat. Dan ulang sebanyak 3 kali.

kulit-cantik-guna-ais-batu

5 Kelebihan Ais Untuk Muka Flawless & Awet Muda

  1. Ais membantu mengecilkan pori-pori wajah. Ini bermakna mengurangkan kotoran tersumbat dalam pori-pori yang menyebabkan jerawat tumbuh. Ais juga membantu mengurangkan bengkak akibat jerawat.
  2. Jika anda baru pulang dari kawasan pantai, gunakan ais untuk membantu mengurangkan kulit yang terbakar. Rawatan dengan ais di muka akan melegakan kulit yang merah akibat pancaran sinar ultraviolet (UV)
  3. Ais membantu melancarkan perjalanan darah pada kulit muka dan mampu membuatkan wajah anda awet muda dan segar.
  4. Mengusap muka dengan ketulan ais sebelum mekap membantu solekan di muka bertahan lebih lama. Jadi anda tak perlu bermekap atau betulkan mekap sentiasa.
  5. Jika anda selalu tidur lewat, amalkan mengusap ais dibawah lingkaran mata supaya ianya membantu mengurangkan “eye bag”. Malahan usapan ais ini membantu menyegarkan mata anda.

Diharap, artikel ini dapat membantu anda untuk dapatkan muka yang flawless serta awet muda secara natural tanpa perlu bahan-bahan tambahan lain yang kita tak pasti dengan keselamatannya jika digunakan pada wajah kita.

About the author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *